17 March 2011

Sahabat

Jika sahabat kita menyakiti hati kita,maka tulislah di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Sedangkan jika suatu kebajikan sekecil manapun dilakukan oleh sahabat kita tulislah di batu hatimu agar selalu terpahat dan tidak hilang ditelan waktu. Erti sebuah ukhuwah yang berlandaskan mahabbah kerana Allah....Alhamdulillah!!!
 

16 March 2011

Saya dah 23 tahun!!!!!


16 March 1988
16 March 2011 

Hari ni sy dh 23 tahun!!!...wah2..dh dewasa pon..!!!..heee
Saya ucapkan terima kasih kepada semua sahabat2 yg memberi ucapan dan mendoakan  saya..
Terima kasih!!!!


Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku
Agar lebih lama dapat ku mentaatimu
Jadikanlah kehidupanku ini sebagai ladang
Moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku
Jadikanlah cahaya-Mu yang bersinar menyinari jalanku
YA ALLAH, semoga engkau tidak mensia-siakan segala usahaku
Mencari haruman syurga ciptaan-Mu
Tempat rehat dan nikmat abadi.
Terima kasih Ya ALLAH di atas segala nikmat yag kau anugerahkan untukku.
Aku bersyukur Ya Allah di atas segala nikmat-Mu.
ALHAMDULILLAH

Tq2 kpd sape yg bg kek ni..:)
"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kesedihan... (Syed Qutb)



13 March 2011



Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. 
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. 
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. 
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Jika kita menjaga hak2 ALLAH,
Nescaya ALLAH akan menjaga hak kita

Jika kita ingat pada ALLAH sewaktu senang,
Nescaya ALLAH akan ingat pada kita sewaktu kita susah

Jika kita ingat pada ALLAH sewaktu kita sihat
Nescaya ALLAH akan ingat pada kita sewaktu kita sakit

12 March 2011

Ketika Jatuh Cinta



Cintai dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan Dan Keikhlasan
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui
Saat rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba..
Mungkinkah dengan redha-NYA atau hanya mengundang murka-NYA

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH
Kerana hakikatnya ia datang dari ALLAH maka ia pun hanya pergi kepada ALLAH..

Cukup cintai dia dalam diam...
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian..  
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..  
Kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan...
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..  
Menanamkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib yang diingini oleh hati..

".. boleh jadi  kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana ALLAH..  
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..  
Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..  
Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)
Yakinlah bahawa PILIHAN ALLAH adalah PLIHAN YANG TERBAIK



10 March 2011

Serikandi muslimah sejati..

Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda masalah, kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan...:)



Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat ILAHI moga-moga kau bakal bertemu kedamaian.

Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu dengan airmata keinsafan.
Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan ALLAH S.W.T.

Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di segenap penjuru alam, walaupun pada yang lupa erti kehidupan. Dan, roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kau terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali pertemuan kau dan DIA. Ketaqwaan hendaklah dipupuk agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan tercapai suatu masa kelak dengan izinNYA, Insya-ALLAH..

Ingatlah, walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. 

Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati. Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.
 
Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keIslaman dalam dirimu,
semoga nur ILAHI akan membening seluruh perjalannan hidupmu.
 
 
 

09 March 2011

Sambutan Maulidur Rasul

.:Heals Care Team Program:.

Sambutan Maulidur Rasul
 Rumah Kebajikan Tengku Ampuan Fatimah
15th February 2011
12 Rabiualawal 1432


Heals members

 Sambutan Maulidurasul Bersama adik RKTAF

08 March 2011

“Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya”

Siapa yang menciptakan segala perasaan dalam hati kita?..ALLAH.... Kebahagiaan? juga...ALLAH.... Ketenangan? Segala2nya adalah daripada...ALLAH...Subhanallah.. Jika kita betul-betul kenal Allah, YA MALIK, yang Maha Memiliki iaitu Pemilik segala sesuatu, pasti kita akan mencintai-Nya melebihi segala-galanya, dengan mengingati Allah, jiwa kita akan tenang. Subhanallah...Kenalilah ALLAH melalui Asma Ul-Husna. Manusia yang mengenal ALLAH tidak akan sesekali meminta-minta pada makhluk, ketehuilah, makhluk hanya akan mengecewakan, Seharusnya kita meminta kepada ALLAH. YA RAHMAN...sifatnya yang akan memberi tanpa meghitung. Serulah YA RAHMAN, meminta supaya ALLAH alirkan kasih sayang. Kasih sayang ALLAH adalah vitamin jiwa, ALLAH akan memberi kasih sayangnya melalui ibubapa, keluarga, sahabat dan sebagainya. Tanpa kasih sayang ALLAH, kita akan menjadi lemah. Apabila kita mengenali YA RAHMAN, kita tidak lagi memerlukan makhluk. Sesungguhnya kebanyakkan makhluk hanya mementingkan diri sendiri. ikutlah Agenda ALLAH, tanpa mengikut kehendak sendiri. Hati akan menjadi tenang apabila kita megikut agenda ALLAH....apa yang kita miliki di dunai ini adalah milik ALLAH, Tetapi ingat ALLAH akan ambil kembali pemberian-Nya.  Redhalah apabila kita kehilangan sesuatu atau orang  yang kita sayang kerana ALLAH telah kembali mengambil hak-Nya, apabila kita tidak redha dengan-Nya, kekecewaa, kegelisahan, kesedihan akan datang. Jadi kita harus bersedia apabila diambil oleh ALLAH kembali, mungkin ALLAH ingin memberi dengan sesuatu yang lebih baik. Ingat kita tetap ada ALLAH. Semuanya dari ALLAH. Dan segala yang datang dari ALLAH adalah baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan ALLAH Maha Luas. Sesuatu yang kita suka dan cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita. YA RAHIM, sebutlah YA RAHIM, ALLAH akan sentiasa pelihara kita dari kelalaian. Lihatlah ALLAH dengan mata hati, kita akan sentisa mendapat KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN. 
Ingatlah ALLAH di setiap detik dan di mana jua kita berada. 
 

06 March 2011

26 Feb 2011

Hearing screening
Felda Bukit Kuantan
8.00am-1.00pm
NURSS & KAED










UIAM  Kuantan Berselawat
Auditorium, KOS
6.30pm-11.00pm
MRC Talhah & MRC Maimunah




Maulid Ad-Daiba'i


qasidah dr adik2 Madrasah Nurul Hidayah

with husna
Terima Kasih to all !!!!

05 March 2011

Logo design contest

This contest to find the new logo for Mahallah Maimunah.
Organized by Bureau of Education and Information
MRC, Mahallah Maimunah


This is the winner for logo design contest 
The winner officially selected by principal and students
Congratulation to the winner!!!


Di Kala Rasa Lemah

Rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.



Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.
Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.

Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.

Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan meragut segala daya dan keupayaan kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.

Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?

Bagaimana kita menyingkapinya?

Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.

Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam keadaan itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.

Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.

Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.

Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?

Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.

Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.

Bersangka baiklah.

Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin.Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.

Sabar.

Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.

Kesilapan kita.

Ada masa kita silap.

Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan.

Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.

Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.

Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?

"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [Surah An-Nisa', 4: 32]
Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.

Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?

Namun, silapnya pada kita.

Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.

Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa.

Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.

Wujudnya saat muhasabah.

Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.

Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah.

Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.

Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?

Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.

Baik.

Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?

Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]

Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.

Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.

Dia mahu kita kembali kepadaNya.

Dia mahu kita selamat di 'sana'.

Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.

Sekarang, jawab dengan hati kita. . .


Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?

Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain (nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?


Benarkah kita telah meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepadaNya?

Atau mungkin, kita meletakkan pergantungan kita kepada 'tuhan-tuhan' lain (manusia-manusia lain atau diri sendiri) lebih, berbanding Dia Yang Maha Sempurna?

Moga-moga, hati-hati yang bersih itu mampu memberikan jawapan yang jujur.

Kerana saya yakin, pasti semua tahu, bahawa apabila kita sudah mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, seharusnya hanya Dialah yang menjadi matlamat utama hidup kita. Dan hanya kepadaNya jualah tempat kita bergantung segala.

Dan perkara-perkara lain yang 'terkorban' (ketika diuji) itu, tidak lain hanyalah salah satu kurnia dariNya dan juga sebagai ujian pembuktian keimanan manusia.

Seharusnya ia tidak mampu menggoyah matlamat hidup serta keyakinan kita.

Selama ini, adakah itu cara kita melihat?

Kembali sedar matlamat dan peranan hidup

Kembalilah menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu." - [Surah Ad-Dzariyat, 51: 56]

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?' Dia berfirman, 'Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" - [Surah Al-Baqarah, 2: 30]

Manusia itu seharusnya sedar, bahawa tujuan dia tercipta di muka bumi ini adalah untuk menghambakan diri kepadaNya (melaksanakan tanggungjawab dan perintahNya, serta meninggalkan laranganNya).

Manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya 'Illah' (Tuhan) seluruh semesta.

Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.

Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.

Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.

Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita.

Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.

Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.

Wahai diri,

Kali ini. . .

Letakkan Dia 'bersama' ketika kamu menapak.

Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan.

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]

04 March 2011

girls....



Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt.
Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dialah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi ALLAH.
 Jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dialah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang,
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. 
Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi.
Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
 Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min,
lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasihnya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, 
Bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. 
Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat,
 yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung dan 
menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

01 March 2011

Belajarlah

 
"Belajarlah menjaga hati sendiri terlebih dahulu, Sebelum anda mengharapkan orang lain menjaga hati anda Kerana orang lain takkan fikir apa yg anda faham dan orang lain takkan faham apa yang anda fikir......"
 
“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”