27 January 2011

Induction MMRC

Induction course Programme MMRC 10/11
22-23 january 2011
Amansari Beach Resort 


Ta'aruf
Management Talk By Bro Danial
Financial Talk By Bro Salehudin
Group Binding

Diskusi
With Amalina :)

main2: Sabat, Amali, Amalina, saye & Bahijah



Kak ieda & Dr Faiza yg comey :)

Nyanyi time...
 
Kini bermula tanggungjawab baru.. :)..Semoga Allah ,memudahkan segala gerak kerja kita..Terime kasih byk2  to all commitee yg same2 mnjayakan induction kite kali ni .. u all de best, tumbs up :)..kiki           Terima kasih juga kpd semua fellow, kak ieda & Principal kerana sudi meluangakn masa ..
p/s: to mrcs boleh ambik pic kt sini ye..tq

25 January 2011

“Hendak bersama hingga ke syurga. Tidak akan melempar ke neraka.”

 
dipetik dari:

Sederhana. Apa itu sederhana? Saya sendiri masih mencari kalam untuk menterjemahkannya.
Perempuan yang sederhana.
Kebelakangan ini, jawapan itu sahajalah yang keluar. Saya tak pasti kenapa. kenapa ya?
Saya tiada jawapan untuk itu. Tetapi jawapan tadi itu amat menyenangkan saya.
Yang sederhana.
Dan saya sentiasa tersenyum bila melafazkannya.


Definisi sederhana


Sehingga kini, saya belum dapat menterjemahkan apakah itu ’sederhana’ yang saya maksudkan. Hem. Masalah juga ni. Haha.
Saya nak kena mendalami sikit situasi saya agar dapat menterjemahkan ’sederhana’ yang saya maksudkan. Senang nak menjawab kalau orang tanya.
Tetapi sekurang-kurangnya saya dapat me’rasa’kan ’sederhana’ itu.
Oh, ’sederhana’ itu amat menyenangkan.

Apa yang lebih mahal daripada sederhana?

Saya pun tidak tahu.
Sederhana ini amat menyenangkan. Tidak memberatkan. Juga tidak terlalu meringan-ringankan. Sederhana buat jiwa lapang. Sederhana buat jiwa tenang.
Sederhana buat wajah ingin sentiasa tersenyum sahaja.
Apa yang lebih mahal daripada sederhana?
Saya pun tidak tahu.

Kesederhanaan itu, sayang yang tak terungkap

Jeles tak kalau tengok couple yang saling mengambil berat?
Jawapan jujur, saya cemburu. Wah, kamcingnya mereka berdua.
Jeles tak kalau tengok pasangan tunang yang hubungan mereka sweet habis?
Jawapan jujur, saya cemburu. Wah, seronoknya!
Jujurnya, kita suka kalau pasangan kita menzahirkan kasih sayang dia kepada kita. Bahkan, apatah lagi kalau kita ini dikelilingi oleh mereka yang risaukan kita.
“Eh, tak nampak hangat pun hubungan kau dengan dia?”
“Dia nampak macam tak suka kau je?”
“Korang berdua ni, sebenarnya ok tak?”
Haha. Memang akan pening kepala dibuatnya. Kadangkala kita akan rasa macam hubungan di atas syara’ ni tak seronok kan?
Tetapi saya suka kita kembali kepada definisi sayang.
“Apa itu sayang?”
“Hendak bersama hingga ke syurga. Tidak akan melempar ke neraka.”
Nah, bukankah ke’sederhana’annya dalam berhubungan dengan kita satu bentuk ’sayang’?
Bukankah dia telah meyelamatkan kita?
Apakah yang lebih memuaskan hati daripada kebenaran ini?
Oh, sederhana memang indah.

Penutup: Saya suka perempuan yang sederhana

Sederhana itu indah.
Untuk dunia dia menyenangkan.
Untuk akhirat dia menyenangkan.
Dia tidak terlalu memberatkan hingga kita terasa susah.
Dia tidak terlalu meringankan hingga kita terasa dilalaikan.
Saya suka perempuan yang sederhana


Cintailah kerana ALLAH

Anas r.a berkata, Rasulullah saw bersabda:
"Apabila ada dua orang yang saling mencintai kerana Allah atau agamanya, maka tidak ada yang dapat memisahkan persaudaraan di antara mereka kecuali perbuatan dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari mereka"

19 January 2011

Subhanallah. Maha suci Allah!


Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.


p/s: credited to Angah825..:)..senyum2 selalu...

17 January 2011

Selamat Beramal

Ummu Salamah (ra) reported that Allah's Messenger(pbuh) said
"Whenever an affliction strikes a muslim and he says, as Allah commanded him, "Inna lillahi wa inna ilayhi rajiun. Allahumma ajirni fi musibati, wa akhlif li khayran minha 

 اللهم أجرني في مصيبتي واخلفني خيرا منها

To Allah we belong, and to Him will we return - O Allah, reward me for my affliction and replace it for me with that which is better," Allah will then surely replace it for him with that which is better

09 January 2011

Kisah Masyitah

            Sebagaimana maklum, Firaun dengan segala kesombongan dan kebongkakannya telah mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. 
          Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akan diganggu.Tetapi pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah"Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian Alam.Puteri itu dengan serta-merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu.Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya. 
          Selain menjadi tukang sikat,Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa usul periksa dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah.Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun.Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampaksatu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Sambil ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu samada hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaanAllah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya,Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita". Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah.
          Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga. 
            Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi. Lantas Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril yang mengiringinya, maka jawab Jibril a.s : "ItulahMakam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga." Begitulahkeistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah. Walaupun tubuhnya dan tubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia.
          Wahai wanita yang mukmin, bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini.Kesusahan dan kekurangan, kata nista manusia dan kejian di dalam membangunkan Islam itu hanyalah sementara. Bersabarlah dan tenangkan hati dengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allah. Kuatkan iman dan sematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul itu melebihi dari segalanya. Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak dengan Islam. Insya Allah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Marilah sama-sama mencontohi Masyitah yang sanggup mengorbankan nyawanya dan nyawa keluarganya demi mendapatkan cinta kepada Allah. Tidakkah kita ingin mengikut jejaknya ?

08 January 2011

Ketika Allah Memilihmu untukku

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan penuh rasa cinta..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih sayang yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'.


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmu-Nya.. Maka pimpin tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita.
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahluk-Nya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata-katamu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yang indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penumpang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berakah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu membentuk hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Surgaku.


p/s: dipetik dari sumber ...(x ingat)..kih2..
dedicated to Kak Long @ Dr aisyatul azni..
Selamat Pengatin Baru..Selamat menjadi isteri solehah...:0)

Selamat pengantin baru

 
  
Kepada Sahabat2 yg melangsungkan perkahwinan baru2 ni Saya mengucapkan Selamat pengantin baru

Kak long @ Dr Aisyatul Azni (ex-roomate)

Syakirah Zakaria ( ex-smkasr)
:

Hidayah Nayan (ex-smkts)

Kak nisah (uiam)



Saya mengucapkan:
Semoga menjadi pasangan yang sejati 
Semoga dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah.
Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah.

07 January 2011

Ciri-Ciri Kepimpinan Islam


1. Ikhlas kepada Allah dan benar-benar mengharapkan keredhaan Allah

2. Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.

3. Lemah lembut,
Rasulullah sentiasa memuji sifat tersebut bersabda:' Sesungguhnya Allah itu lembut, sukakan kepada lemah lembut dan memberi melalui lemah lembut dan Dia tidak memberi melaui kekerasan dan melalui apa jua selain daripadanya.'

4. Berani dan bermaruah, tidak penakut dan gopoh gapah, tidak pengecut. Sebaik-baik keberanian ialah orang yang berani menyatakan yang hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan dan insaf kepada diri sendiri.

5. Bercakap benar dalam semua keadaan.Supaya sifat ini terjaga, seorang pemimpin hendaklah cermat menerima dan menyampaikan berita yang diterima.

6. Bersifat tawadhuk dan merendah diri terhadap orang mukmin.
Firman Allah swt, ' dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut-pengikut kamu dan kepad orang-orang beriman. (As Syura 125)

7. Bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah. 
Firman Allah swt, dan orang-orang yang menyembunyikan kemarahannya dan memaafkan kesalah-kesalahan manusia, dan Allah sukakan kepada orang yang bersifat ihsan dan memberi maaf.'
(ali imran 134)


8. Menunaikan janji / menepati masa

9. Sabar.

10. Bersih diri dari kepentingan peribadi dan murah hati.

11. Wara' dan zuhud.

12. Menjaga batas-batas agama.

13. Bersikap adil dan sentiasa menginsafi diri.

14. Menjaga perpaduan jemaah.

15. Tegas dan tawakkal kepada Allah.

16. Bersederhana dalam semua urusan.

17. Tetap di atas landasan kebenaran.

18. Sentiasa waspada.


“Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai apa yang dipimpinnya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

06 January 2011

Selamat Bekerja!!!!




MMRC 09/10


New line up Mahallah Maimunah Representative Committe (MMRC) 10/11

President: Puteri Ayuni Megat Abdul Rahman
Vice President I: Nur Hakimah A. Manan
Vice President II:Nor Mashitah Mansor
Secretary General: Wan Noor Ainun Baharuddin
Asst. Secretary General: Nur Munirah Zainol Abidin
Treasurer : Siti Hawa Awal
HC for Welfare: Nursabati Mohd Pauzi
Asst. HC for Welfare: Farah Nur Syuhada Alias
HC for Islamic Care: Noor Bahijah Khalid
Asst. HC for Islamic Care: Nik Nornadhirah Nik Ahmad Kamil
HC for Sport and Recreation: Nur Ainatul Mardia Mohamad Nasir
Asst. HC for Sport and Recreatio: Nor Hazwani Muhammad
HC for Public Relation: Nor Amalina Md Sopian
Asst. HC for Public Relation: Nor’Amali Md Som
HC for Education and Information: Nor Najwa Mohamed
Asst. HC for Education and Information: Siti Maryam Muhamad Razlan

Rasulullah SAW telah memberi amaran, maksudnya: Jika disia-siakan amanah maka tunggulah kiamat (kehancuran); di antara sahabat bertanya bagaimanakah (yang dikatakan) mensia-siakan amanah itu? Jawab Rasulullah: “Apabila urusan (pekerjaan) itu diberikan kepada orang yang bukan ahlinya.” (Riwayat Buhkari)


Tahniah & takziah kepada semua MRC baru... Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu dan memudahkan segala urusan kita....

03 January 2011

Tiada Alasan Untuk Tidak Cergas

Pertandingan Senamrobik Islami Beliawanis

             Beliawanis PEMBINA Pahang berjaya menganjurkan sebuah program bercorak pertandingan antara IPT atau beliawanis sekitar Pahang pada 26 Disember 2010. Program yang bertajuk Pertandingan Senamrobik Islami Beliawanis 2010 dianjurkan oleh Beliawanis PEMBINA Pahang ini adalah dengan anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan negeri Pahang dan berlangsung di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang.



Majlis dimeriahkan dengan persembahan adik-adik daripada Persatuan Penggerak Sukan dan Rekreasi negeri Pahang dan persembahan nasyid daripada adik-adik NAZIM ISMA.



Pihak penganjur, AJK beliawanis PEMBINA Pahang juga tidak ketinggalan mengadakan persembahan senamrobik.


persembahan dari AJK

         Sementara menunggu juri membuat keputusan, majlis telah mengisi masa tersebut dengan disampaikan Ceramah dari Dr Zuraidah mengenai kesihatan bertajuk "Beliawanis Tiada Alasan Untuk Tidak Cergas!" diikuti sesi Pengenalan PEMBINA dari Timbalan Pengerusi II PEMBINA Pahang, Kak Aisyah.
        Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Muslimah Legation, tempat kedua oleh kumpulan Ayumi dan tempat ketiga oleh kumpulan Belladona. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Tahniah juga diucapkan kepada AJK Pertandingan Beliawanis PEMBINA Pahang kerana mampu mengendalikan program yang sangat bermanfaat ini. Minda yang cerdas adalah dari badan yang sihat dan cergas.

pemenang tempat pertama

pemenang tempat kedua
 
pemenang tempat ketiga

Peserta dan ajk pertandingan senamrobik islami 2010
antara Ajk senamrobik islami 2010

Adab Bersukan Dalam Islam :

  •  Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Oleh itu, Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.

  • Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.

  • Ini mengingatkan kita akan peristiwa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).” Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satu hakikat yang sukar diterima.

  • Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawan layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)” 

 TIADA ALASAN UNTUK TIDAK CERGAS!!!


Marilah bersukan!!!


01 January 2011

01.01. 2011

      
Happy New Year 2011
 
my dear freinds::::~> 

  • May this new year bring us a new spirit to reach all our dreams, good health and a happiness forever.
  •  I’m really sorry if i had mistaken or disappoint all of you.. May new year peace touch every heart.. Thanks for being my frends..
  •  Let’s begin New Year 2011 with faith, love, peace and new hope. 
       

         No regret about the past…
      No fear about the future…
      New hopes & dreams in 2011…
     Thankful to ALLAH for His blessings in 2011…