Pertandingan Senamrobik Islami Beliawanis
Beliawanis PEMBINA Pahang berjaya menganjurkan sebuah program bercorak pertandingan antara IPT atau beliawanis sekitar Pahang pada 26 Disember 2010. Program yang bertajuk Pertandingan Senamrobik Islami Beliawanis 2010 dianjurkan oleh Beliawanis PEMBINA Pahang ini adalah dengan anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan negeri Pahang dan berlangsung di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang.
Majlis dimeriahkan dengan persembahan adik-adik daripada Persatuan Penggerak Sukan dan Rekreasi negeri Pahang dan persembahan nasyid daripada adik-adik NAZIM ISMA.
Pihak penganjur, AJK beliawanis PEMBINA Pahang juga tidak ketinggalan mengadakan persembahan senamrobik.
| persembahan dari AJK |
Sementara menunggu juri membuat keputusan, majlis telah mengisi masa tersebut dengan disampaikan Ceramah dari Dr Zuraidah mengenai kesihatan bertajuk "Beliawanis Tiada Alasan Untuk Tidak Cergas!" diikuti sesi Pengenalan PEMBINA dari Timbalan Pengerusi II PEMBINA Pahang, Kak Aisyah.
Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Muslimah Legation, tempat kedua oleh kumpulan Ayumi dan tempat ketiga oleh kumpulan Belladona. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Tahniah juga diucapkan kepada AJK Pertandingan Beliawanis PEMBINA Pahang kerana mampu mengendalikan program yang sangat bermanfaat ini. Minda yang cerdas adalah dari badan yang sihat dan cergas.
| pemenang tempat pertama |
| pemenang tempat kedua |
| pemenang tempat ketiga |
| Peserta dan ajk pertandingan senamrobik islami 2010 |
| antara Ajk senamrobik islami 2010 |
Adab Bersukan Dalam Islam :
- Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Oleh itu, Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.
- Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.
- Ini mengingatkan kita akan peristiwa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).” Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satu hakikat yang sukar diterima.
- Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawan layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)”
TIADA ALASAN UNTUK TIDAK CERGAS!!!
| Marilah bersukan!!! |

No comments:
Post a Comment