18 February 2011

March is coming

 

Rahsia bulan kelahiran Mac

Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati , sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

...boleh caya ke x ni..betol x Mira??..haha..






12 February 2011

(n_n)

 Apabila berdukacita, carilah orang yang lebih berdukacita lalu bantulah dia mengatasi kesusahannya.Semoga apabila dia tersenyum, maka senyuman gembiranya itu akan juga menghiasi wajahmu..

27 January 2011

Induction MMRC

Induction course Programme MMRC 10/11
22-23 january 2011
Amansari Beach Resort 


Ta'aruf
Management Talk By Bro Danial
Financial Talk By Bro Salehudin
Group Binding

Diskusi
With Amalina :)

main2: Sabat, Amali, Amalina, saye & Bahijah



Kak ieda & Dr Faiza yg comey :)

Nyanyi time...
 
Kini bermula tanggungjawab baru.. :)..Semoga Allah ,memudahkan segala gerak kerja kita..Terime kasih byk2  to all commitee yg same2 mnjayakan induction kite kali ni .. u all de best, tumbs up :)..kiki           Terima kasih juga kpd semua fellow, kak ieda & Principal kerana sudi meluangakn masa ..
p/s: to mrcs boleh ambik pic kt sini ye..tq

25 January 2011

“Hendak bersama hingga ke syurga. Tidak akan melempar ke neraka.”

 
dipetik dari:

Sederhana. Apa itu sederhana? Saya sendiri masih mencari kalam untuk menterjemahkannya.
Perempuan yang sederhana.
Kebelakangan ini, jawapan itu sahajalah yang keluar. Saya tak pasti kenapa. kenapa ya?
Saya tiada jawapan untuk itu. Tetapi jawapan tadi itu amat menyenangkan saya.
Yang sederhana.
Dan saya sentiasa tersenyum bila melafazkannya.


Definisi sederhana


Sehingga kini, saya belum dapat menterjemahkan apakah itu ’sederhana’ yang saya maksudkan. Hem. Masalah juga ni. Haha.
Saya nak kena mendalami sikit situasi saya agar dapat menterjemahkan ’sederhana’ yang saya maksudkan. Senang nak menjawab kalau orang tanya.
Tetapi sekurang-kurangnya saya dapat me’rasa’kan ’sederhana’ itu.
Oh, ’sederhana’ itu amat menyenangkan.

Apa yang lebih mahal daripada sederhana?

Saya pun tidak tahu.
Sederhana ini amat menyenangkan. Tidak memberatkan. Juga tidak terlalu meringan-ringankan. Sederhana buat jiwa lapang. Sederhana buat jiwa tenang.
Sederhana buat wajah ingin sentiasa tersenyum sahaja.
Apa yang lebih mahal daripada sederhana?
Saya pun tidak tahu.

Kesederhanaan itu, sayang yang tak terungkap

Jeles tak kalau tengok couple yang saling mengambil berat?
Jawapan jujur, saya cemburu. Wah, kamcingnya mereka berdua.
Jeles tak kalau tengok pasangan tunang yang hubungan mereka sweet habis?
Jawapan jujur, saya cemburu. Wah, seronoknya!
Jujurnya, kita suka kalau pasangan kita menzahirkan kasih sayang dia kepada kita. Bahkan, apatah lagi kalau kita ini dikelilingi oleh mereka yang risaukan kita.
“Eh, tak nampak hangat pun hubungan kau dengan dia?”
“Dia nampak macam tak suka kau je?”
“Korang berdua ni, sebenarnya ok tak?”
Haha. Memang akan pening kepala dibuatnya. Kadangkala kita akan rasa macam hubungan di atas syara’ ni tak seronok kan?
Tetapi saya suka kita kembali kepada definisi sayang.
“Apa itu sayang?”
“Hendak bersama hingga ke syurga. Tidak akan melempar ke neraka.”
Nah, bukankah ke’sederhana’annya dalam berhubungan dengan kita satu bentuk ’sayang’?
Bukankah dia telah meyelamatkan kita?
Apakah yang lebih memuaskan hati daripada kebenaran ini?
Oh, sederhana memang indah.

Penutup: Saya suka perempuan yang sederhana

Sederhana itu indah.
Untuk dunia dia menyenangkan.
Untuk akhirat dia menyenangkan.
Dia tidak terlalu memberatkan hingga kita terasa susah.
Dia tidak terlalu meringankan hingga kita terasa dilalaikan.
Saya suka perempuan yang sederhana


Cintailah kerana ALLAH

Anas r.a berkata, Rasulullah saw bersabda:
"Apabila ada dua orang yang saling mencintai kerana Allah atau agamanya, maka tidak ada yang dapat memisahkan persaudaraan di antara mereka kecuali perbuatan dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari mereka"

19 January 2011

Subhanallah. Maha suci Allah!


Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.


p/s: credited to Angah825..:)..senyum2 selalu...

17 January 2011

Selamat Beramal

Ummu Salamah (ra) reported that Allah's Messenger(pbuh) said
"Whenever an affliction strikes a muslim and he says, as Allah commanded him, "Inna lillahi wa inna ilayhi rajiun. Allahumma ajirni fi musibati, wa akhlif li khayran minha 

 اللهم أجرني في مصيبتي واخلفني خيرا منها

To Allah we belong, and to Him will we return - O Allah, reward me for my affliction and replace it for me with that which is better," Allah will then surely replace it for him with that which is better