6-8 Ogos 2010
Tepat jam 9.30 p.m kami seramai 34 orang telah bertolak dari uia Kuantan ke Jengka. Hampir jam 11.30 p.m kami telah sampai di sk felda jengka 25. Kehadiran kami telah disambut oleh beberapa orang penduduk felda jengka 25. Kami menginap di surau sekolah tersebut.
ekspidisi ke Gunung Senyum
Pada keesokan harinya bermulalah program kami. Pada awal pagi lg kami dh bertolak ke Gunung senyum. Gunung Senyum yang terletak di felda Jengka 25, Jengka,pahang, yang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki). Kami ke sana dgn menaiki Lori. Lori memang kenderaan yg disediakan untuk sesiapa yang membuat program di situ. Menurut urusetia di situ magatakan dengan menaiki lori kami dapat menikmati keindahan ladang kelapa sawit. Sepanjang perjalanan kami ke Gunung senyum melalui ladang kelapa sawit dan hanya mengambil masa dalam 30 minit. Terdapat 18 buah gua yg terdapat di situ. Di sebabkan kesuntukan masa, kami hanya sempat melawat 7 buah gua sahaja. Menurut pak cik Isa yg bersama kami melawat gua2 di situ, setiap gua tersebut terdapat mitos atau kisahnye tersendiri.
Kisah yang diceritakan beliau adalah berkenaan perkahwinan Tok Long dengan puteri Bunian. Antara syarat perkahwinan mereka adalah puteri bunian mesti mandi di Gua Kolam 7 dan berjemur di gua terang Bulan. Kisah persandinganTok Long dan puteri Bunian juga dikatakan diadakan di Gua Taman 2. Ada juga mitos mengatakan terdapat pelamin tempat persandingan mereka di situ.Di mana perpisahan puteri bunian dengan tok long buat kali terakhir adalah di Gua dana Impian. Setelah beberapa tahun perpisahan mereka Tok Long telah meninggal dunia dan telah dimakamkan di sebuah gua yg mana dinamakan Gua Makam Tok Long. Mitos, di mana kesahihannya..? entah...kami pun kurang pasti dan terus tertanya2. Menurut penduduk di situ mengatakan mitos ini betul cuma tiada bukti bertulis atas sebab orang dulu2 tak boleh menulis. Keberangkalian untuk ditokok tambah adalah tinggi....Wallahualam....
 |
| Bermulalah ekspidisi ke Gunung Senyum |
 |
| Gua kolam 7 gua yg pertama kami lawati |
 |
| selepas melawat gua kolam 7 |
 |
| mun, nazirah, me & kak kiah |
 |
| Gua Terang Bulan |
|
 |
| perjalanan ke gua seterusnya |
 |
| Gua Taman 1 |
|
|
 |
| Gua Taman 2 |
|
|
 |
| Gua Makam Tok Long |
 |
| Gua Dana Impian | | | |
|
 |
| Gua Silat |
|
|
Tamatlah sudah ekspidisi di Gunung Senyum
pak cik Isa sempat memberi nasihat kepada kami dan juga memberi tips untuk menjadi pelajar cemerlang antaranya ialah:
- Jangan menyebut perkataan LUPA
- sentiasa membawa nota kecil kemana saja kita pergi
- Yg terakhir nasihat beliau ialah kita harus sentiasa DENGAR, LIHAT, SEBUT dan BUAT apa yang dipelajari.
Program seterusnya adalah di sekolah felda Jengka 25. Pada petangnya kami meneruskan program indoor game bersama adik2 felda tahun 5 dan tahun 6.
 |
| musical chair |
Pada malamnya adalah cultural nigth dan BBQ. Pada malam itu ramai adik2 membuat persembahan.
 |
| para pelakon mat rempit |
 |
| BBQ |
 |
| antara penduduk felda jengka 25 yang hadir |
Pada pagi hari ahad pula kami menyertai aktiviti gotong-royong di masjid bersebelahan sekolah tersebut bersama-sama penduduk di situ. Setelah tamat gotong royong kami makan tengah hari bersama-sana. kami bersama-sama menyediakn makanan tengah hari.
 |
| gotong-royong |
 |
| goreng bihun |
 |
| makan (dari kanan akma, farhana,shasya dan makcik2 felda jengka) |
Dan setelah selasai makan tengah hari majlis penutup diadakan disertai persembahan oleh belia felda jengka dengan silat pahang.
Sungguh amat terharu apabila kepulangan kami di hantar hingga menaiki bas dengan paluan kompang. Walaupon agak penat tetapi amat menyoronokan.
sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment